IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki warga emas dan wanita yang melecur dalam kebakaran dua kenderaan dipercayai selepas bertengkar di kawasan perumahan di Taman Utama Bercham, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah kereta dan motosikal serta dua mangsa berusia 67 dan 54 tahun pada kira-kira 10.18 pagi.
"Bertindak atas maklumat, pihak polis dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pergi ke tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati terdapat sebuah kereta dan sebuah motosikal dalam keadaan hangus terbakar di hadapan rumah.
"Sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa dan apabila keluar dari rumah, dapati kebakaran telah berlaku dan kedua-dua mangsa sudah terbakar," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kesan lecur dan dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan keterangan saksi-saksi terlibat akan dirakam percakapan bagi siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, ASP Fadli Ahmad dengan menghubungi talian 019-2500019 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya tiba di lokasi pada 10.28 pagi dan mengambil masa selama lima minit untuk memadamkan kebakaran yang membabitkan kedua-dua kenderaan.
Katanya, punca kejadian masih belum dikenal pasti namun kedua-dua mangsa yang melecur hampir keseluruhan badan berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Kebakaran melibatkan sebuah kereta dan motosikal serta dua mangsa berusia 67 dan 54 tahun pada kira-kira 10.18 pagi semalam di Taman Utama Bercham, Ipoh. - Foto JBPM Perak
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal
Pasukan bomba daripada BBP Kota Kinabalu serta BBP Lintas terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer sebelum dapat memulakan operasi memadam kebakaran di Kampung Saga, Menggatal, di sini hari ini.
Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan
ACP Yahaya berkata, sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa.
Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan WhatsApp
Ibu mangsa terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang.
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu
Rumah panjang tersebut dihuni sekitar 189 penduduk, tetapi ramai yang tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden.
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.
Tong gas meletup punca tiga beranak melecur
Dua tabung gas oksigen meletup punca mengakibatkan tiga beranak terbakar dan melecur dalam kejadian di Taman Industri Ringan Sri Mergong.
Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika
Insiden itu berlaku di sebuah taman asuhan bimbingan dan kanak-kanak di Kemaman pada Rabu.
Bilik terbakar, wanita warga emas melecur 90 peratus
Seorang wanita warga emas melecur 90 peratus selepas bilik di bahagian tingkat atas kediamannya di Taman Pelangi Indah, terbakar, awal pagi tadi.
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu.
Wanita maut, seorang melecur kebakaran lapan rumah
Insiden tersebut secara keseluruhan membabitkan 27 mangsa daripada lapan keluarga melibatkan lapan rumah.